Nuffnang

Tuesday, March 10, 2009

DIARI USRAH-Al-Fatihah





06 februari 2009 (Jumaat)

Kami melaksanakan usrah gabungan lagi pada malam ni yang memang sentiasa dilaksanakan pada setiap hari jumaat pukul 8-10.30 malam.

Kali ini ummi yang membentangkan tentang surah pertama dalam al-quran iaitu Surah Al-Fatihah. Surah pengenalan. Surah yang sangat penting sekali. Surah pembukaan dan dipanggil sebagai ayat shifa yang mempunyai berbagai kelebihan terutamanya sebagai penyembuh penyakit dan sebagai pelindung.

Sebelum membentangkan dgn lanjut surah ni….ummi test kami baca surah al-fatihah satu persatu. Ummi mahu tengok sejauh mana betul tajwid kami… sebab ianya sangat penting untuk menentukan sejuah mana betulnya kita melafazkan surah ini ketika solat. Surah ni merupakan doa kita pada yang Esa…pada yang di sembah……Subahanallah….sungguh banyak kesalahan yang kami yang baru kami pelajari. Rupanya selama ini kami terabaikan benda yang sangat penting ini..bila hokum tajdiwnya tidak betul…maka berubahlah maksud ayat… Sebaik-baiknya..surah ini dibaca dengan khusyuk. Tajdiwnya yang betul dan maksudnya dihafal.

Sebenarnya, al-fatihah mempunyai makna-makna al-quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara Ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabangnya seperti akidah, ibdah, tasyri, beriman dengan hari akhirat dan beriman dengan sifat-sifat Allah yang maha Esa. Berdoa dan memohon kepadaNya untuk diberi jalan yang lurus dan dijauhi dari tergolong dalam golongan orang-orang yang dimurkai dan sest. Subahanallah….terasa gerun hati untuk menghayatinya….itulah yang kami rasakan di saat itu. Hingga kami ahli usrah, ada yang mengalirkan air mata mendengar ummi berbicara. Selain itu, surah ini dinamakan sebagai Um al-kitab kerana menghimpun segala maksud yang asas tapi sangat pentingnya kepada kita sebagai bentuk penghambaan kepada yang maha Tinggi. Sehingga As-Shahid Hassan Al-Banna dalam risalahnya, ‘Mukadimah fi at-Tafsir mengatakan ‘tidak syak siapa yang tadabbur al-fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya dan dilimpahi cahaya pada hatinya.

Allah- merupakan nama khas tuhan yang disembah dengan zat-Nya dan tidak ada tandingannya. Yang berdiri sendiri dan tidak ada satu apapun yang serupa denganNya. Sehingga mufti mengatakan dan memberi syarat seandainya ingin menggunakan kalimah Allah untuk nama tuhan mereka, maka mereka hendaklah mengakui bahawa Allah itu adalah raja segala Tuhan. Hanya satu kerana maksud yang dibawa oleh kalimah Allah itu adalah yang maha Esa.

Ar-Rahman Ar-Rahim- kedua nama Allah yang menunjukkan sifatnya penyayang dan pengasih kepada setiap daripada makhluknya. Berkata Abu Hurairah (r), bahawa Rasulullah (s) bersabda: 'Allah mempunyai seratus rahmah (kasih sayang), dan daripadanya Dia menurunkan satu bahagian untuk jin, manusia, binatang dan serangga, yang dengannya mereka menyayangi antara satu sama lain dan berbelas kasihan antara satu sama lain, dan yang dengannya binatang buas menjaga anak-anak mereka. Allah telah menyimpan 99 rahmah untuk diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada Hari Qiamat.' [Al-Bukhari, Muslim]. Dalam satu riwayat lagi, Umar bin Al-Khattab (r) berkata: Beberapa orang tahanan dibawa kepada Rasulullah (s) dan di antara mereka terdapat seorang wanita yang berlari-larian (seolah-olah mencari sesuatu). Apabila dia ternampak seorang anak kecil di antara mereka dia pun mengambilnya, mendekatkannya ke badannya dan menyusukannya. Rasulullah (s) bersabda: 'Adakah kamu fikir perempuan ini akan sekali-kali mencampakkan anaknya ke dalam api?' Kami menjawab: 'Demi Allah, tidak.' Lalu baginda (s) bersabda: 'Allah adalah mengasihi hamba-hambanya lebih daripada perempuan ini mengasihi anaknya.' [Al-Bukhari, Muslim]

Alhamdulillah-satu bentuk pujian untuk mengagungkan kekuasaan dan keagungan yang hanya milik Allah dan mesti kita kembalikan kepada Allah.

Hari pembalasan (akhirat) yang perlu sentiasa diingati dalam setiap perkara. Badan-badan akan menjadi saksi di padang masyhar nanti atas setiap amalan dan perbuatan yang kita lakukan semasa hayat kita. Ummi menyarankan pada kami, cuba didik jiwa dan hati untuk sentiasa mengingati masyhar. Setiap kali melakukan sesuatu perkara cuba katakan pada diri, Ya Allah apakah amalan ku ini akan memberatkan timbangan ku di padang masyhar nanti. Timbangan kiri atau kanan. Misalnya kita mengumpat, cuba bersoal jawab dengan hati dan perasaan, akankah dihitung perbuatanku ini. Dan ketahuilah bahawa semua manusia akan mengetahui akan kesalahan diri kita yang akan dipertontonkan di kahyalak ramai ketika perhimpunan itu nanti.

Kemudian, melihat kami ahli usrah tersentuh dengan apa yang diperkatkan oleh Ummi, dia menambah lagi tentang ‘tangisan kedukaan seorang hamba’. Tangisan merupakan perkara biasa yang lazim berlaku kepada setiap manusia, dan perlu dilalui oleh sesiapa pun jua. Tidak ada satu manusia pun yang tidak pernah mengalirkan air mata selama hayatnya. Sama ada tangisan ketika berada dalam keadaan sedih ataupun gembira. Setiap kegembiraan dan kesedihan ini akan diiringi oleh suatu tangiasan atau linangan air mata.


Golongan yang paling banyak menangis adalah kaum wanita yang hatinya penuh dihiasi dengan kelembutan dan kesyaduan. Mudah tersentuh pada perkara-perkara yang menyentuh hatinya. Tangisan terdiri daripada tiga jenis.

1) Tangisan kerana takutkan Allah
2) Tangisan kerana kekecewaan-air mata lemah
3) Tangisan kerana kepura-puraan untuk mendapatkan belas kasihan orang lain terhadapnya

Dan tidak semua air mata kedukaan ini dinilai oleh Allah. Terutamanya jenis tangisan yang ke-3. Tangisan kepura-puraan untuk tujuan meraih simpati orang lain. dan tidak ada harganya air lemah itu disisi Allah yang tangisannya bukan kerana takutkan Allah dan menyesal atas dosa yang dilakukan.

Setitis air mata kerana takutkan Allah persis permata indahnya gemerlapan. Sehingga ada riwayat mengatakan bahawa kebanyakan dari penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata kerana Allah dan RasulNya bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan di dunia. Sesungguhnya, pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang, perindu akhirat, menangis kerana dunia yang terlalu membelenggunya. Dia menangis kerana bertaubat kepada Allah. Menyesali akan dosa yang telah dilakukan. Sungguh tinggi nilainya titisan air mata taubat seseorang hamba itu di sisi Allah s.w.t. Akan di akhirat nanti diberi bendera yang berwarna-warni untuk membezakannya sebagi hamba yang mengalirkan air mata kerana Allah.

Sehingga sabda Rasulullah s.a.w “ada dua titisan yang Allah cintai, pertama: titisan darah para syuhadah dan kedua: titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah. Lihatlah, betapa tinggi nilainya titisan air mata mengingati Allah di sisiNya. Rasulullah s.a.w juga bersabda: “tangisan seorang pendosa itu lebih Allah cintai daripada tasbih para wali”. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai daripada satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Mudah-mudahan, kita semakin memuhasabakan diri kita bahawa keredhaan ALLAH itulah yang perlu kita gapai dalam meraih kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat. Mendidik jiwa sentiasa mengingatiNya kerana hamba yang tidak mengingatiNya, merupakan hamba yang tidak bernilai di sisiNya. Renungkan perbuatan, perkataan dan hati kita. Kurangkanlah waktu untuk perbuatan yang tiada kepentingannya di akhirat. Apalah gunanya bila urusan dunia kita berjaya mengatasinya namun urusan akhirat kita sesat dan mundur.

Renungkanlah satu riwayat Daripada Abu Hurairah (r), bahawa Rasulullah (s) pernah bersabda: "Tujuh (golongan) yang Allah akan berikan lindungan pada Hari di mana tiada lindungan melainkan LindunganNya: Pemerintah yang adil; pemuda yang hidup di dalam ibadah kepada Allah; lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid; dua lelaki yang saling mencintai kerana Allah dan berpisah keranaNya; seorang lelaki yang digoda oleh perempuan yang sangat cantik lalu dia berkata: 'Aku takut kepada Allah'; seorang yang memberi sedekah dengan sedekah yang seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberi oleh tangan kanan; dan orang lelaki yang mengingati Allah berseorangan lalu menangis." [Al-Bukhari, Muslim]

2 comments:

nur_islam said...

Salam ziarah... salam ukhuwah...
Nice blog... Jemput ke blog ana www.mencarisahabatusrah.blogspot.com

Dptkan embed code utk chat box di sini: http://www.cbox.ws/

klu tak pasti mcmana nk dptkan blh tnya ana. =D

Syukran,
nur islam

Noor said...

waalaikumusalam....
terima kasih nur islam.....