Nuffnang

Sunday, January 11, 2009

25 December 2008– 01 Januari 2009 (mengembara sambil beramal)









Aku ikut kembara amal anjuran ABIM negeri Sabah. Atau lebih dikenali sebagai KEMBARA AMAL ABIM. Kembara ini bermula dari kg E UMS ke Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Telupid dan berakhir di Ranau. Tujuan sebenar kembara ini dilakukan pada pemahaman aku adalah dengan memberi satu pendedahan kepada para peserta atau anak-anak islam yang kurang mengetahui suasana luar bahawa adanya kehidupan yang berbeza di luar sana, anutan agama yang sama tapi pemahaman dan penghayatan agama yang sebenar yang berbeza yakni islam. Kekuatan ukuwah dan kerjasama antara penduduk kampung di setiap daerah juga berbeza. Ada daerah yang ukuwah dan kerjasama antara penduduk sangat kuat dan ada pula yang langsung tidak ada.

Di samping itu, sepanjang kembara, amal dikalangan para peserta dan fesi amnya dapat dipertingkatkan. Ini diakui sendiri oleh para peserta yang bercerita terus dengan kami, iaitu, kembara ini memberikan sedikit perubahan kepada diri mereka terutamanya dari segi solat dan amal. Menurut mereka, solat 5 waktu yang tidak pernah ditunaikan secara 5 kali dalam sehari dapat dilakukan oleh mereka dalam kembara ini. Malah dapat menunaikan solat di awal waktu lagi yang memang jarang terlaksanakan. Malah ada juga peserta yang menyatakan secara jujur, di sinilah mereka mengenali bagaimana menunaikan solat itu. Allahu akbar…subhanallah….Alhamdulillah…. “objektif tercapai…memang itulah objektif sebenar program ini…” itu kata pengarah…. Dan aku akui, ada benarnya kata para peserta. Di sini, selama 8 hari, kami mengetuk pintu malam Illahi bersama-sama, antara fesi dan para peserta. “Doa orang-orang yang mengembara itu, doanya makbul…”

Apa yang menjadi harapan adalah, konsep bertuhan dan mengenali tuhan dapat diterapkan di dalam diri dan hati para peserta dan fesi kembara. Sesungguhnya….cabaran yang paling besar adalah memahami bahawa kita di bawah naungan Allah SWT….

(TENTANG AKU D KEMBARA INI)
1St tu, aku sangkakan aku tidak dapat mengikuti kembara ini. Banyak kesulitan yang aku hadapi pada mulanya (sblm 25.12.). aku tidak dapat tiket balik ke ums. Tiket tuk 24 sudah habis. Sedangkan esoknya kembara bermula. Nenek aku pula sakit. Ini membuat hati aku sangat berbelah bahagi. Teman baikku sangat mengharapkan agar aku dapat join kembara ni. Aku ushakan juga. Akhirnya Alhamdulillah, perjalanan dan niat aku dipermudahkan oleh-NYA. Begitulah…bilamana kita benar-benar berhajat kerana sesuatu perkara dan ikhlas semata-mata kerana Allah..insyaALLAH akan dipermudahkan. Allah tidak pernah membiarkan hamba-hamba-Nya yang benar-benar bergantung harap dengan-Nya. Dipendekkan celoteh, tanpa disangka pakcik aku ada urusan ke kk, baa….itulah kemudahan namanya.

Dalam kembara tu, pakcik yus mengamanahkan aku jawatan sebagai AJK keselamatan dan penginapan bersama dengan seorang AJK muslimin lagi. Persoalannya…adakah aku dpt menjalankan tugas seterusnya merangkap amanah aku ini….? Akan terjawab nanti…
Secara sejujurnya….aku tidak dapat menjalankan dan menyempurnakan jawatan yang aku pegang ni. Mungkin AJK lain boleh perasan. Ntahlah..inilah silapnya bila perasaan malu dan segan diletakkan dihadapan. Malu dan segan adalah pakaian muslimah bahkan muslimin khasnya. Sangat dituntut. Tapi apabila malu dan segan diletakkan ditempat yang salah dan tidak sesuai beginilah jadinya. Alamatnya semua yang diharapkan tidak akan menjadi. aku macam takut bercampur rasa segan yang teramat-amatlah sangat untuk menjalankan apa yang sepatutnya. Sejujurnya….aku rasa sangat kecil berbanding ajk lain. pendek kata, aku memang segan yang teramat sangatlah. Sebab aku rasakan aku sangat baru… Aku bukan tidak mampu. Aku sangat mampu. Cuma kekuatan yang Allah bagi tu aku tidak aplikasikan dan gunakan secara sebetulnya….

Aku dapat pengalaman lagi semasa ikut kembara ni….. yang aku tidak akan pernah lupakan sampai bila-bila…. Mahu tahu apa….? Macam ni….bertolak ke kota belud pada 26hb tu... semuanya berjalan dengan lancar. Sampai ke kota belud secara tiba-tiba badan aku rasa gatal yang amat sangat. Bahkan di bahagian wajah ku yang paling menerima kesannya. Selesai kami menunaikan solat zohor yang di jamak taqdim kan dengan asar, tanpa disangka-sangka dan tanpa aku undang, wajah aku bertukar menjadi kemerah-merahan. Ruam kecil menyerang wajahku. Aduh, pedih dan gatal. Juga rasa malu yang teramat sangat. Aku dikejarkan ke hospital. Doctor kata alergik… tapi apa…. Alergik dgn suasana baru ka, angin ka atau habuk….? Ataupun jangkitan kulat…? Satu persoalan yang aku blum temui jawapan yang sebenar-benarnya…mungkin juga kerana ini kali pertama agaknya... Namun, aku menerimanya. Selepas itu, aku melawat lagi hospital kota marudu, kali ini, bukan sekadar ubat sahaja, malah aku disuntik. Bayangkan, benda yang paling aku geruni yang menyebabkan aku tidak pernah pergi ke hospital selama 9 tahun lamanya dan rekod yang aku pertahankan itu kecundang juga akhirnya. Tapi suntikan itu tidak membawa kesan pun. Dipendekkan cerita, sepanjang itulah juga aku menderita kepedihan yang teramat sangat yang tidak terperinya apalagi bila bertemu dengan sinaran sang mentari, terkena hujan, dan hembusan bayu laut. Kalau diikutkan mahu sahaja aku tinggalkan kembara itu. Apa kan daya…tidak baik tinggalkan kerja separuh jalan. Dan kesannya berlarutan sampai sekarang. Apalagi benda yang paling aku kurang sukai adalah bertemu dan bersoal jawab dengan sang doctor… aku tidak pandai menerangkan benda secara berulang kali. Jadi aku biarkan sahajalah.

Apapun, aku redha dengan apa yang berlaku. Sejujurnya, pernah sekali kalau diturutkan aku mahu ponteng kelas pada pukul2 petang. Sebab tidak tertahan pedihnya apabila terkena matahari. Dan bercampur rasa malu dengan wajah yang ibarat ‘udang kena bakar’ (bayangkan sahajalah….). sedangkan aku bukanlah seorang pelajar yang boleh meninggalkan kuliah semudah itu. Dalam solat zohor itu, aku bermohon, agar diberi kekuatan, kerana aku adalah hamba yang sangat lemah walaupun berhadapan dengan ujian yang tidak seberapa. Aku merintih menangis….aku memohon agar diberi kemampuan, kerana aku hamba yang tidak mampu… Dan Alhamdulillah, selesai solat dan aku menenangkan perasaan sebentar, kekuatan itu datang menerpa. Kenapa perlu aku meninggalkan tanggungjawab dan amanahku sebagai seorang pelajar kerana hal sekecil itu? Sedangkan kedua belah kaki ku masih sihat walafiat dan mampu untuk ke sana. Tentang rasa malu..kenapa aku perlu sangat memikirkan tentang pandangan orang? Kita boleh menerima pandangan orang ramai sekiranya pandangan itu boleh membina ke arah yang lebih baik. Tetapi menjadi masalah apabila kita terlalu mengikut dan mengutamakan pandangan manusia sedangkan pandangan tersebut tidak membawa apa-apa makna yang betul pada diri kita. Yang lebih utama adalah dengan mengutamakan dan mengambil kira pandangan Allah swt… begitulah kawan-kawan, Allah tidak pernah membiarkan hamba-hamba yang sangat bergantung harap dengan-Nya. Kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan tempat untuk mengadu. Bapa sering menasihatiku bila aku kadang-kala merintih sakit… “Allah bagi penyakit…Allah juga bagi penawar…jangan berdoa meminta mati kerana derita menanggungnya. Bilamana kita ditimpa penyakit, selalu amalkan 3 sod (solat, sabar dan saut yakni puasa)….” Kan cantik…..
Para sahabat…, kita memerlukan kekuatan dari sumber kekuatan iaitu Allah. Oleh itu, andai dirimu terasa terlalu lemah dan tidak berdaya, mohonlah kekuatn dari Allah dengan sungguh-sungguhnya, dekatkan diri dengan Allah…akrabkan diri dengan Allah… kerana, bagaimana kita boleh mendapatkan kekuatan apabila kita tidak akrab dengan Allah…? Allah itu maha penyayang….

Tidak habis dengan itu, aku ditimpa demam pula. Pendek kata, aku adalah AJK yang paling lemahku rasakan. Kasihan pada fesi lain, bukan sahaja mereka menjaga peserta lain yang sakit, bahkan aku sekali. Sehingga aku menyuarakan pada teman baikku. Tidak usahlah memikirkan aku dan jangan sampai fesi lain tahu. Buat malu sahaja. Fesi pun boleh sakit. Dia marah, fesi pun manusia biasa juga. Bukannya robot, itu katanya. Iya…. Dan aku tidak boleh merungut dengan sakit yang diberi. Bukankah sakit itu penghapus dosa-dosa kecil…? Buktinya apabila adanya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud… “tidaklah Allah membiarkan hamba-Nya terkena duri melainkan dengan menghapuskan dosa-dosanya akibat dari terkena duri…” Bayangkan betapa Allah itu maha pemurah dan maha Adil. Dia memberi sesuatu yang lebih besar daripada apa yang terjadi. Allah memberi ganjaran yang tidak ternilai harganya. Begitulah bilamana kesabaran itu kita junjung, kesabaran itu kita pegang dan kesabaran itu kita amalkan. Ramai orang menganggap mereka merasa derita dengan kesabaran dan menyatakan kesabaran itu ada batasnya. (dan sejujurnya aku pun bukanlah seorang yang sangat penyabar). Apapun sebenarnya, sabar itu cantik bilamana kita tahu macam mana caranya kerana kesabaran itu tidak pernah ada hadnya malah sabar itu juga bukanlah satu kesakitan. Oleh itu bersabarlah… Aku memujuk diriku dengan mengatakan bahawa… “Allah tidak akan membiarkan kita mudah dalam pencarian ilmu. Akan ada banyak halangan, rintangan dan dugaan yang akan menanti. Orang yang beriman…akan bersyukur walaupun mendapat bala dan kebaikan…”

Namun, apa yang sangat mengecewakanku apabila, aku tidak dapat memberi komitmen yang terbaik kepada kembara kali ini. Sejujurnya ku khabarkan…aku kurang pengalaman…aku kurang keyakinan. Satu hajat di hati…..andai aku diberi kesempatan dan jodoh untuk mengikuti lagi kembara akan datang, ingin ku sandang jawatan sama ada kebajikan atau keselamatan lagi untuk ku menebus kembali kesilapan yang telah ku lakukan. Apa yang nyatanya, aku hanyalah seorang insan yang serba kekurangan. SELAMAT BERAMAL…..TERUSKAN PERJUANGAN… manusia yang paling baik adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain… marilah sama-sama menjadi ‘diri-diri’ umat islam yang berkualiti iaitu APABILA DICAMPAK KE DALAM LAUT MENJADI PULAU..
Waullahu’alam bis sawab…..